Faktor Penyebab Runtuhnya Keshogunan Tokugawa Leyasu




Peranan saudagar dan perubahan corak sosial 
Salah satu faktor yang membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa ialah peranan golongan saudagar dan berlakunya perubahan corak sosial di Jepun. Pada abad ke-18, sistem politik dan sosial di Jepun mulai berubah akibat sistem ekonomi wang yang menggantikan sistem tukaran barang. Oleh sebab pentingnya ekonomi wang menyebabkan kedudukan golongan saudagar menjadi golongan yang berpengaruh dalam masyarakat dan sebaliknya golongan daimyo (bangsawan) dan samurai (pahlawan) mulai merosot. Ramai golongan daimyo dan samurai telah meminjam wang dari golongan saudagar hinggakan mereka terikat dengan hutang-piutang. Juga ramai dari golongan daimyo dan samurai menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Keadaan ini menyebabkan menjelang abad ke-19, tidak ada perbezaan taraf antara saudagar dengan daimyo dan samurai. Dengan ini sistem feudal terhapus dengan sendirinya.

Menentang Dasar Isolasi / Pemencilan
Golongan saudagar juga tidak setuju dengan dasar isolasi menindas Tokugawa. Dengan dasar isolasi bermakna saudagar-saudagar tidak mendapat pasaran yang luas bagi barang-barang dagangan mereka. Oleh sebab itu, mereka ingin supaya diadakan hubungan dengan dunia luar kerana ini akan menguntungkan mereka. Berdasarkan perkara itu, golongan saudagar asing bekerjasama dengan golongan anti-Tokugawa golongan menentang Shogun Tokugawa seperti yang dilakukan oleh saudagar-saudagar di bandar Osaka.

Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme 

Sebab lain ialah munculnya semangat kebangsaan dan fahaman shintoisme. Semangat hotmat dan taat kepada Maharaja hidup kembali. Akibat tindakan Tokugawa menggalakkan orang-orang Jepun terutama golongan samurai mengkaji sejarah dan sastera Jepun kuno. Sungguhpun tindakan ini untuk kebaikan negeri Jepun tetapi kesannya menjejaskan kedudukan Tokugawa sendiri. Hasil dari kajian mereka dan mengikut fahaman (kepercayaan Shinto) bahawa Maharaja Jepun adalah keturunan Dewi Matahari (Amitorasu). Berdasarkan kepercayaan tersebut orang Jepun berpendapat Maharaja yang harus berkuasa dan dihormati. Dengan ini muncul golongan yang ingin mengembalikan kekuasaan Maharaja dan menjatuhkan Tokugawa.

Tekanan ekonomi 
Kedudukan Shogun Tokugawa semakin terjejas bila berlakunya tekanan ekonomi. Pada abas ke-18 dan ke-19 merupakan zaman kejatuhan ekonomi. Penduduk Jepun telah bertambah dan ini menyebabkan berlakunya kekurangan makanan. Untuk atasi masalah tersebut, petani-petani telah dikerah supaya dapat hasilkan keluaran pertanian berlebihan. Hal ini menjadi beban kepada petani-petani yang terpaksa bekerja lebih kuat. Penghidupan petani-petani semakin susah apabila adanya cukai-cukai.

Tentangan suku kaum dari Barat 
Perasaan benci terhadap Tokugawa tidak sahaja dari petani-petani yang tertindas terutama dari suku kaum dari Barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza dan Hizen. Tokugawa berkuasa tetapi wilayah kekuasaan Tokugawa sekitar Yedo sedangkan wilayah-wilayah lain tidak dapat diletakkan secara langsung. Oleh sebab itu suku kaum-suku kaum tersebut dapat bertindak balas. Mereka sedar tanpa persekutuan suku kaum yang lain mereka tidak dapat mengalahkan Tokugawa. Oleh itu, mereka telah bersatu dan tindakan selanjutnya ialah menyokong Maharaja yang ketika ini ditindas oleh Tokugawa.

Kedatangan Barat 
Faktor yang membawa kepada kejatuhan Tokugawa juga disebabkan oleh kedatangan Barat. Pada tahun 1853, Commodore Perry dari Amerika tiba di Jepun dengan tujuan mengadakan hubungan perdagangan dan mendapat jaminan keselamatan anak-anak kapal Amerika. Disebabkan bimbang terhadap ancaman Amerika maka pada tahun 1854, Perjanjian Kanagawa ditandatangan antara Perry dengan Tokugawa. Kemudian perjanjian dengan Rusia dan Perancis juga dibuat. Tindakan Tokugawa itu telah menjadi kemarahan rakyat Jepun termasuk beberapa golongan dari keluarga Tokugawa sendiri.

Pada tahun 1862, seorang Inggris bernama Richardson mati dibunuh oleh putera Satsuma. Pada tahun 1863, kaum Choshu telah menembak kapal-kapal Barat di Selat Shimonoseki. Sebagai tindakbalas, pada tahun 1863, Inggeris menyerang Kagoshima kediaman Satsuma. Kemudian pada tahun 1864 angkatan laut bersekutu iaitu Inggeris, Amerika, Perancis dan Belanda menyerang Choshu di Selat Shimonoseki. Peristiwa tersebut digunakan oleh musuh Tokugawa untuk menggugat kedudukan Tokugawa. 

Pihak Barat telah menyalahkan Tokugawa berikutan berlakunya peristiwa-peristiwa anti-Barat. Keadaan ini menyebabkan pada tahun 1866, Tokugawa telah menghantar tenteranya untuk menyerang Choshu tetapi malangnya tentera Tokugawa telah dikalahkan. Kedudukan Tokugawa semakin runcing apabila kaum Toza telah bersatu dengan Choshu dan Satsuma untuk menentang Tokugawa. Memandangkan adanya tekanan-tekanan dan desakan-desakan dalam negeri maka Shogun Keiki bersetuju meletakkan jawatan. Pada bulan November 1867, kekuasaan telah diserahkan kepada Maharaja Meiji. Dengan ini, tamatlah Shogun Tokugawa di Jepun.




Share on Google Plus

Tentang bang opek

Seseorang yang selalu berusaha untuk menjadi lebih baik lagi dari waktu ke waktu. Dan semoga artikel yang tedapat pada situs milik Bang Opek ini dapat menambah wawasan dan pengetahuan kita kedepannya nanti. Bagi yang memiliki saran atau kritik silahkan hubungi Bang Opek melalui Fanspage atau Twitter kami dan juga bisa melalui Formulir Kontak pada bagian bawah (footer)

0 komentar:

Posting Komentar